Followers

Friday, June 24, 2011

Roda

Kenapa roda?
Roda itu bulat, bulatnye kehidupan. Jatuh dan bangun manusia ibarat roda.
Terbaca komen dari blog lain yang sangat menginspiredkan,
Berbunyi..

"bila engkau memandang segalanya daripada Tuhanmu yang mencipta segalanya,yang menimpakan ujian,yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. :)


Waallahualam.

Syahdu sejenak hati baca komen tu.
Betapa kurangnya iman, ceteknya rasa sabar dalam diri.
Istighfar..istighfar

Alhamdulillah.

Thursday, June 23, 2011

Wellness day NSTP


Assalamualaikum! (baca dengan gaya ustaz ezy..heheeee)

Hari ni samedengan 23 Jun duaribusebelas, aku melalui ujian2 kesihatan di ofis.
Entah sejak bila aku concern pasal penyakit-penyakit ni,
tapi sebab memikirkan aku nak sangat melalui hayat hidup bergelar ister dan ibu..maka kesihatan perlu di jaga. :)


Last time buat ujian kesihatan adalah bulan 3/2011 yang lepas.. pon kat opis. Bila menda2 free ni..aku laju jek :D

Masa tu mood hilang terus bila, lepas check darah..paras cholestrol aku tinggi.
Homai..seram nye, lagi lah bila nengok pamphlet yang mana lemak2 tu blocking darah sehingga boleh menyebabkan strock dan kematian.. seramm kiteeee! :B

Kali ni,
Ujian Paras Gula dalam darah--- Normal
Ujian blood Preasure----- Normal
UjianBMI---- Normal (berat maintain, atau boleh naik 2-3kg lagi nurse kata)
Ujian tulan anlene----- Risiko rendah
Ujian katarak------- Normal

tak dapat uji tahap cholestrol dalam darah T___T sobs.. sbb dorang tak provide :(

Masuk bahagian anti oksidan-
Ada mesin dari Nu Skin ni boleh check anti oksidan dalam badan.
gadis yang buat check up tu kata anti oksidan ni penting kepada badan kita untuk menghalang penyakit2..katanya. Aku tak search pon lagi..ngehh

Ok.
RESULT: warna orange, lagi satu level is MERAH dats mean WEAK :(

shaitt.. dah start ler nak sesedih.

Last Exam:
Aku buat ujian AKUPUNTUR BY MELILEA HEALTH
yang ni menyayat hati sikit.
malas aku nak tulis.
Aku amek gambar result aku dan korang baca lah sendri....





























LIVER aku tolerable oit oit..
dan aku OBVIOUS MENTAL STRESS.

Sedih aku dengan result ni. ternyata, kita happy tak dapat menipu hati yang luka. ecewaaaahhhh!

Ok dah enuf. nak pegi mesjid dan menenangkan jiwa.
rakan-rakan yang naka dvice pemakanan aku atau apa2 je to decrease stress boleh la comment.
Lebiu guys :)

oh. Body fat aku pon kena rendahkan lagi. any advice??

♥♥♥

Monday, June 13, 2011

Things That Guys Don't Expect Girls To Understand

Hai semua kembali dengan semangat baru untuk menulis.
Menulis sesuatu untuk dikongsikan, dengan harapan mendapat manfaat untuk kita semua.
Oh jika ada kekurangan..boleh la nasihat baik2 kat comment box ya!

Aku mendapat inspirasi menulis Tajuk di atas, dari blog bradaa ni.
Ahaa, takdelah nak membalas, membidas mahupon membuktikan kaum hawa yang indah dan comel ni juga ada bahasa badan mahupun bahasa jiwa bangsa yang tak difahami tentang lelaki.

Ini beberapa isu yang wanita memamng tak kan faham ataupun cuba faham, cubalah untuk buat kami faham..semuga berjaya :D

1. Tak angkat fon/tidak reply mesej/ CAN NOT REACH AT THIS MOMMENT.


Tak angkat phone, reply mesej dan phone kehabisan bateri adalah tiga  perkara berbeza tetapi hasilnya sama..mencetuskan emosi yang tidak enak, memupuk sifat psiko dan menjerumus wanita memikirkan benda2 merepek sehingga membunuh jiwa. walau apa jua jawapan anda, sebenarnya tiada alasan pon yang boleh kami accept. Sekian.



2. Menu dan tempat makan.

Berapa kali dalam seminggu anda bergaduh sebab nak cari tempat makan? Incik boifren akan ambil dan bawak anda keluar, tapi lepas tu tak tahu nak ke mana. Bila ditanya, jawapannya.. " ikut awaklah.." "mana-mana pon boleh.." Normalnya perkara ni berlaku kepada pasangan yang kerap 'dating' sampai si lelaki hilang taktik suprise, bajet pon dah lari..bukan begitu?

Jawapan anda kononnya memberikan priority kepada kami, tetapi realitinya atleast give 3suggestions lah..lepastu kami pilih, kan ke lebih harmoni begitu.


3. Beralah tanpa jawapan yang tepat.

Selepas mengalami perbincangan yang nampaknya semakin menambah ketegangan, kamu rela untuk beralah, meminta maaf  tetapi tidak akan mengakui kesalahan. Lumrah lelaki yang kaya dengan ego tersendiri. Beralah dengan harapan ia memuaskan kami,  ia hanya merumitkan keadaan dan tiada kesudahan. Pergaduhan yang sama akan berlaku berkali-kali selepas ni jika ini pendekatan yang kamu gunakan.





4. Kami boleh settle semua

Selalu nak jadi penyelamat, hero kepada pasangan masing-masing. Kamu tak mahu kami bersedih lalu berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian kepada pemasalahan kami sedangkan kami cuma mahu kamu mendengar sahaja. Jangan keciwa bila kami melenting dengan idea2 kamu yang tak best tu kerana kami tak minta pandangan mahupun penyelesaian, kami nak kamu mendengar dan sila letakkan diri kamu 'dikasut' kami ketika itu.



5. Tak boleh kahwin selagi belum cukup duit.

Selalu nak bagi alasan ini. Helooo~ berkahwin juga ada rezeki tersendiri, percayalah jika kita mencari jalan untuk mendapat redha-NYA Allah akan permudahkan cara.


*****************************************************

Lima sahaja setakat ini. Ingin di ingatkan apa yang ditulis adalah dari sudut pengalaman sendiri dan hasil soal jawab dengan beberapa rakan sejenis. Semuga mendapat manfaat kepada lelaki-lelaki diluar sana.. lebih-lebih lagi yang belum punya si jantung hati. 

have a gud day! ♥♥♥