Followers

Thursday, December 30, 2010

screammmmm~

fewittt sket.
Hari ni 2x entri pasal u ols.
wah2 femes sekelip mata yea sweetcouple ni

lawatan beberapa minit sweetcouple ni ke balai berita, Barita Harian memang mencurik tumpuan. siott korang dah macam victoria n beckhem kowtt~
wahahah..



KFCM wif barisan VIP Berita Harian

 
glemer kan?huehuehue


of cos la daku pon tak melepaskan peluang..

hai elia! i read ur blog diz early morning ..huehue, jodoh betul dipertemukan! hehe

ehems..hai fahmi :)

siyesly..berdebar dan bedegup kencang hatiku bila dorang datang.
eksaited takleh cita..tolong snap pix officemate tangan menggeletar.
sbb memang whole day kowt cite pasal u guys~ huahauaha

today ohsem♥

jumpa lagi beb!
****

fenomena #khairulfahmi


wahahah..lagi kelass u ols AFF Suzuki Cup ni dari worldcup.
mana taknyer, bete dan housemate kesayangans berkumpul jerit support player Malaysia.
Jarang² berlaku okeh. Aumms!


MIA ohsems!
oh..salah  EIA (Elia's Incek Apex..muemuemue)



Dalam twitter toksah cerita lah kan,
#heartMalaysia #loveMalaysia #MalaysiaBoleh
..semua trending topics kami up kan.

#khairulfahmi pon bete twit. auw..
giler kewls keeper ni. Memang hebat la- honestly.
Goal saver ter'Korean pernah bete lihat..
MODE gediks is ON.

Taulah.. dia dah bergelifren
(KOSA KATA: bete mmg guna term gelifren utk Girlfren)

wahaha..
kenapa aku boleh terjerumus dalam fenomena #khairulfahmi ni?
memang gedik giler okeh.
pagi2 dah heboh kat twitter url gades manes ehems2 keeper 'uppa' ni. ohsems kan?
memang sungguh fenomena..

(KOSA KATA: uppa digunakan bila jumpa lelaki kacak..ehems)

bete baca a few entries dari blog elia,
..so far, KFCM mmg ohsems.
Siap penah jadi imam lepas balik umrah tu,paling bete salute.
N sujud sukur lepas menang..final kat M'sia..
harap dorang gonna be togather forever n ever...amin!



Buat Elia gadis manis yang berjaya mencurik hati #khairulfahmi ni
bete pon ada MIA: My Incek Amat..ehems :)
...hahaha, ok siyes..
beta doakan anda tabah dan bersedia buah hatimu menjadi pojaan wanita gewdiks lain,
ewahh..

Kalau ade artis caras u, kita bomohkan dia owkehh!
aww..~ gurau jek!

Buat player yang ohsems,
Million congratulations to u.
kesian kan korang,
sampai Jakarta cuma mampu berlatih area hotel jer.
Tuan rumah siyesly  tak pandai layan tetamu...
Walau bagaimanapun,
di atas cabaran dan dugaan tersebut..
mereka mampu juga membawa kejuaraan pada kita.. dan seterusnya cuti JUMAAT ni.
hoyeahhhhh!


tudiaa heror kita..abam Safee Sali.ehems


 Ferdinand pon wish congrates u ols. kelass kan? hehe :))


ok.bai :)

Wednesday, December 22, 2010

tekun

hahahaaha..
hari ni aku rasa seronok.
sebab membaca penulisan giler dari #bloggergiler

Aku gelak terkekek kat opis pon macam #onggiler.

Aku kenal dorang melalui twitter.
Dan sekarang aku setuju dengan kata rakan serumah,
kewujudan twitter yang punya beribu follower datangnya dari blogger tegar,
makanya jumlah follower di blog memainkan peranan penting bagi jumlah follower di twitter.

ah sudah.
Kalau tak faham, tak perlu faham.
sbab isu ni tak sehebat isu wikileaks pon.

ni pun #blogergila juga..adikberadik bukan susuan link di atas jugak rasanya.
haih... gelak sampai maigrain -______-"


Tinggal ye..  /; )

Friday, December 17, 2010

27nov2010


hey,
congratulations for ur convocation.
*senyum tu palsu. nampak?*

Tuesday, December 14, 2010

Tanda bahagia

..Tanda bahagia apabila adanya tenang
"Jika suami beroleh tenang tatkala pulang kepangkuan isteri,
isteri hilang tekanan dan runsing apabila pulang kepangkuan suami,
maka adalah tenang disitu. Itulah bahagia.."
                                                                    -Ustz Hasrizal

"Mereka bertahan, tetapi emosi, keinginan..cinta hilang.
Segalanya adalah soal tgjawab dan peranan.."

                                                               - John Gray


♥♥♥

Thursday, December 9, 2010

spread the love♥

Salam..
sorry kalau lately ni entri tak segiler selalu.
maklumlah..#sindrompatahhati berleluasa, kadang dtg menggila..kadang kena sipi2..kadang2 datang tumpang lalu..hai perasaan perempuan memang selalu tak rasional dan ikut emosi..tak payah deny,
memang IYER! sekian..

Semalam kami bermesyuarah pasal column 'Fail mahkamah'
Isunye, sebumbung tapi tak sejiwa.. Hidup 14tahun tapi suku tahun akhir bersama tidak bersapa.
..dan hari ni, Hakim mahkamah tinggi syariah ditangkap khalwat (Metro 9/12/2010)
wei..wei..wei
ape ni?


Akhirnya, aku mengkonklusikan bahawa..
kalaulah yang dah hidup bertahun2 tu..tak pernah looking back,
Tak pernah sayang dan hargai ape yang pernah mereka lalui..
tak pernah kasihankan anak2,
apelah sangat kisah aku yang bercinta bagai nak rak 7tahun tanpa hasil ni..

Sedeyh.
Aku sedih dengan institusi rumah tangga begini..

Ayat ni aku petik dari rakan yang pun turut merasi pahit percintaan,
" kalau dah tertulis jalan sebuah cerita yang bukan kita miliki,
...jadi kita hanya perlu mendengar dan melihat sahaja..
Mungkin bukan kebaikan buat kita, tapi utk pihak yang satu lagi..
dan mungkin perjalanan hidup kita lebih panjang dan kebahagiaan kita berbeza..."

Aku rasa boleh buat lirik lagu...memang sgt menusuk jiwa aku. Ikhlas sangat T_______T

Aku re-read buku John Gray,
untuk meluahkan sesuatu..kamu2 pasangan kena buat love letter.
Perempuan mesti suka buat benda ni..tapi lelaki akan selalu pandang remeh, sbb dorang ego.
Love letter is the best way untuk lelaki/perempuan bagitahu apa yang benar2 anda tak berpuas hati terhadap pasangan..pendam atau lari, bukan jalan penyelesaian..

Mars n venus punya keinginan berbeza..

Gud bai peeps.

Monday, December 6, 2010

1432 hijrah

Alhamdulillah,
masih bernafas di bumi Allah..
Salam Tahun Baru, 1432 Hijrah

Dalam kesibukan bekerja, semuga kita sama2 dapat melapangkan diri membaca doa akhir dan awal tahun. InsyAllah..


** Doa akhir tahun. Dibaca pada akhir waktu asar (lebih kurang 2o min sblm mghrib) pada ptg ini.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:






**Doa awal tahun. dibaca slps solat magrhrib hari ini.
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Doa Awal Tahun:



**sumber:  http://www.tokgajah.com
                      http://msnuhei.blogspot.com/ 

will you marry me?

elyana♥khairul ohsemm//





*omaigod* ♥♥♥
(T___T) nak buat mcm ni, tapi sure kena reject kot?

Tuesday, November 30, 2010

End of Nov.

November dah berakhir.
dan..
#Simptompatahhati aku semakin pulih.
Alhamdulillah..syukur.
Terima kasih di atas sokongan ibu bapa, rakan gomol, bestheart dan kawan-kawan twitter.
U guys memang rawkkk~

Bila beransur pulih, maknanya bukan lah hubungan kasih sayang aku dan incek amad kembali pulih. Aku anggap ni satu learning process dalam membina kehidupan berpasangan.

"Kenalkan dirimu kepada Allah ketika engkau dalam keadaan lapang, nescaya Allah akan mengenalimu ketika engkau kesusahan.."

Apabila kita orang-orang yang menjaga solat, sentiasa mencari redha Allah.. insyAllah, Allah akan buka jalan buat kita..

" Boleh jadi kamu benci pada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan ingatlah Allah jualah yang maha mengetahui semua itu sedangkan kita tidak mengetahuinya..."
Surah Al Baqarah :216

Sesungguhnya, aku memang amat menyayangi ikatan hubungan yang kami simpul hampir 7tahun.
Tapi, kembali semula kepada surah Al Baqarah tu..aku kena redha jugak.
Aku doakan ada jalan buat hubungan ni..

Kawan2 blogers doakan juga ok.
Thanks for read.

:)







Wednesday, November 24, 2010

indah

hari-hari saya mimpi awak.
..thanks sebab muncul  : ' )

♥♥

Tuesday, November 23, 2010

++zodiacfacts

# SCORPIO female
You secretly aspire to dominate your partner in the game of love...

# AQUARIUS male 
You take a while in making your loved one your life partner.
 
  * When you're with someone, you prefer to spend time with them alone.
  * Very modern in attitude you like to shop around before you buy.
  * Misunderstood 90% of the time but one of the most unique people in this
     world. They bring that extra spark.  
  * You tend to be secretive in relationships, waiting for your partner to draw
     secrets out of you.



Love you... no matter what.

#Sindrompatah hati.


bye peeps.
 

Tuesday, November 2, 2010

sekali setahun

hai.
hai..
hai...

sekali selepas sebulan.
aku update blog.

sekali dalam setahun
..bufday aku.

Happy bufday to me :)
*semalam*

nice date 011110. aku suke!

ape y best?
-tido semalaman

ape yang menarik?
-bangun 1pagi ReTweet Yuna lepastu tido semula.

dan 1Nov pon berakhir..

hari ni 2Nov,
semoga November berlalu dengan indah :)

bai peeps.

Tuesday, September 21, 2010

smile.senyumm.

Assalamualaikum.

Hari ini aku terpanggil untuk menaip sesuatu yang berbentuk ilmiah.
InsyaAllah..

Rupanya, untuk menjadikan diri kita ikhlas akan sesuatu tu..
contohnya macam editor mintak kita revise page sebab nak tuka gamba---(interm of graphic artist yang kerja bahagian publshing)..atau seorang kanak-kanak downsindrome sedang memecahkan bekas kuih raya anda kali ke16---(sempena raya ni..kan?hehe) atau adik anda meng'pow iphone4 --(makk aii bodak zaman skerang)..

...(sambung semula) Rupanya untuk berasa ikhlas akan sesuatu yang berlaku,
kita kena anggap ia sebagai  Ibadah.

Hebatnye perasaan bila kita anggap semua itu ibadah, segalanya LillahiTa'ala..
sangat tulus dan ikhlas..
Sesuatu perasaan yang akan menolak pelbagai bentuk balasan, tetapi lebih kepada mencari keredhaan.
..InsyAllah

BerBLOGging pon IBADAH? (berFB ibadah tak...?tett---)

Aku baru sedar dan faham, rupanya bentuk ibadah ni dalam pelbagai cara.

Hebatnya kepada mereka yang menyedari lebih awal..


Maknanya, bila kita bercakap sesuatu yang memberi manfaat dan ilmu kepada pembaca, memberi pertolongan dan bantuan dalam bentuk penulisan kita, berkongsi ilmu, pengalaman..(selagi berpandukan akidah islam) maknaya secara tak langsung kita menjdikan berbloging ni satu aktiviti mulia dan insyAllah, ia juga satu ibadah..

wahhh kann??

humm..
Aku nak juga berbuat pahala menerusi bloging ni. Tapi aku selalu fikir aku tak berapa ber*ilmu untuk berkongsi pelbagai perkara---

Yang baik datang nya dari Allah SWT,
yang buruk datang dari kekhilafan kusendiri.

Jumpa lagi! :D
thanks pada blog ini yang membuka mataku

Monday, September 20, 2010

**kerana banyak makan semut

hoi. sapa nama kau ha?
ye..kau! sbb profil pix ko bermain2 kat mata aku tapi nama fb kau aku lupa...
oit..aku tanya kau lah.
ok..fine ko tade mulut nak jawab.
ouh..dan jari utk menaip.

(atleast bagila hint utk aku searchhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!)

demmlah~
abes sapa nk jawab soalan aku ni??
aaaaaaaaaaaaaaaaaa~ (b e n c i g i l e r*)


Selama Hari Raya u ols!hihi..

Thursday, August 19, 2010

song.song.

Hanya Kerana Cinta 

::Hafiz, Aril, Ayu, Anne & Tini Hot FM::


Keadaan kita memang sukar

Bukan kerna cinta yang menghalang

Walaupun terpaksa kita terpisah

Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan

Dalam perjalanan percintaan

Tapi ku relakan cintaku untuk mu

Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh

Sanggup menyepi mencari ilham ku

Tak ada yang lebih dari itu

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah

Mengharapkan belas maaf dari mu

Tak ada yang lebih

Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu

Agar ku dapat bersama mu

Walaupun hanya sementara

Sentuhanmu indah


p/s::sedap lah suara anne (^^)

Friday, August 6, 2010

ezaodette

Hah..Selamat tengah hari.
Alhamdulillah.. kenyang, sbb baru lepas lunch makan siput sedut masak lomak terbaekk. haha
Korang plak lunch lauk apa tadi?
oh lupa..mungkin korang tak perlu lunch sebab korang sedia kenyang dengan kegembiraan mendatang,
seperti boifren baru lepas ajak declare ke..atau sedang bercuti di Tioman bersama sahabat handai ke..atau korang happy giler akhirnya aku update blog aku selepas sebulan berlalu. hehe.kannnnnn???

Apa cerita kamu sepanjang sebulan ini?
Dah dapat surat naik pangkat? Atau baru lepas resign?

Walauape pon aku doakan baik² saja buat rakan blogers ku (yang membaca SAHAJA) haha..

Aku dan rakan kongsi booth baru lepas ditipu oleh syarikat event managemnt A** S******.
Aku rasa bukan aku dan rakan² sahaja,
banyak juga booth lain yang ditipu oleh syarikat ni..
TAK, bukan mereka larikan duit kami..
mereka menipu dari segi janji*manis sahaja.
Aku frust gilerr ngan COMPANY bodo** ni..
yang penting BakMEH DUIT AKU BALIK!!


ok.
Itu cerita tak best.

Cerita BEST,
Ramadhan akan menjelma next week.
Wahh! sangat rindu suasana Ramadhan.
hehe..

Buat blogers yang pertama kali menyambut Ramadhan sebagai GILFREND/BOYFREN-Tahniah!
Buat blogers yang pertama kali menyambut Ramadhan sebagai ISTERI/SUAMI -Tahniah!
Buat blogers yang pertama kali menyambut Ramadhan sebagai IBU/AYAH -Tahniah!



Sebelum menutup perenggan,
sila la hayati ekspresi muka kembar aku yang gewdiks di bawah ni.
Beliau mendapat suprise..
dan teka lah ape suprise tersebut..hihi















Sapa teka dengan TEPAT aku bagi $$$ raya
hahahhhh

Sunday, July 4, 2010

give me a hand

Yis!
Tak faham nape lepas letak gambar, text caption tak boleh letak di bawah pix.
Mesti lari alignment dia..ayok. (macam contoh2 entri di bawah tu...)
Geram betol,  tau nak adjust... :(
Ada sapa² nak tunjuk ajar?


pliss..
huk


thank you.

Thursday, June 24, 2010

wakawaka..aa AA

Sebelum meneruskan rangkap seterusnya,
tak terlambat harapnye ucapan Selamat hari bapa buat seluruh bapa-bapa di dunia ini,
dan bapa saya..Tuan Hj md said b Dahlan.

"..ayah, orang tak bagi hadiah pon.
orang nak belanja makan sate tamau..huuhu "
(weekend yang banyak wedding, maka tiada apa² sambutan.sekadar ucapan dari telefon, memandangkan pagi ahad semasa berkemas nak pulang k KL, ayah dah hilang dari rumah. Beliau mmg banyak agenda..tapi i♥u, remember ok!!)















Gambar masa birthday ayah..yg ke..teka?!hehehe


Hah.. mari ke kisah sebenar.
worldcup fever sedang berlangsung?
wowwee..

Aku tak die had fan po worldcup ni, tanya nama pemain bola mana2 team pon aku fail weh.ahahha.
tapi kalau ajak lepak mapley nengok worldcup nih, aku ON aje..tadehal lah. :D

Aku nak share pasal semangat kerjasama pasukan Grafik, Berita Harian.
yeyeahhh--poyo giles
Sempena PIALA DUNIA ni, diorang wat pertandingan DECO PIALA DUNIA. Hadiah utama RM5,000 kottt?
wow!

Cara-caranya, kita kena hias unit ikut pasukan WORLDCUP yang kita sokong. Hellooo, jangan haraplah nak main pilih ye, kena cabut undi. wahahah.. dan kami adalah penyokong...
N.E.T.H.E.R.L.A.N.D






























Hand made--no digital, semua manual :D


























































 Holland team






































Bodak sports jual vuvzela satu RM6 :D




Sekian halua mata untuk hari ini. Tatau nak taip ape. otak dah jammed.hehe
Kita nengok sape menggondol piala WORLCUP okk.
♥♥

Sunday, June 20, 2010

"COFFEE TANPA CREAMER COFFEMATE?"


Assalamualaikum..dan selamat petang.

Rupanya memang betul, setiap yang lahir di muka bumi Allah ini diciptakan berpasangan, sampai  coffee pon ada coffeemate-nya. Hebatt kan?..dan korang juga kena rasa penangan macam mana coffee yang selalu milky dengan creamer, tiba² satu hari ia datang tak semilky yang selalu (gara-gara pembancuh coffee bukan kakak yang selalu)..ieewww..rasa sedeyh dan keciwa. Ah, korang tafaham..lagi² kau yang pakai baju purple tu,..ye..kau.. ko tak minum coffee kan?huh..


Kenapa aku ni?
Cerita minggu lepas tak habis² lagi..
habis semua status nak letak "coffee tanpa creamer coffemate"..lepas tuh paksa orang jawab apa maknanya! Lepas tuh..tak ckup lagi..siap nak buat entri ?
Ceh..hal kecik pon nak cerita!

ahhahaha..
layan lah aku ni.
kemaruk coffe kakak cafe yang sedap untuk sekali itu.
..dan kisah Nota cinta ni effect gak, aku memamng dapat rasakan coffee tanpa creamer coffemate tak lengkap! (tak boleyh guna gula..pelis!)



bye!

Tuesday, June 15, 2010

**Waktu senggang


errr...Ini bukan nama menu-ikan masak singgang (^^)
Ini perihal masa lapang.
ehh?lapang ke..hahahaha, ntah..
borink kan dengan page dan perkara² sinonim/rutin yang selalu berlaku..
apa kata kita buat CUBEE CRAFT ni..hehehehe


















Dari helaian kertas mampu menjadi askar² kerdil yang comeyl.
pelbagai bentuk dan design boleh google CUBEE CRAFT
**aku tak paste url pasal aku pon orang tolong print kan.nade3..huuhu



















bahan² nye..CUTTER+CUBEE craft yang telah diprint.
**print hitam puteh pon bisa!



















Sila cut dengan gigih!..huuhu




















Belum siap lah, takkan kudung pulak?tanpa tangan dan kaki??
..oke, aku teruskan memotong..




















Miahahha..siap dah!
Dengan tangan, beliau akan fire sesiapa yang guna pc daku untuk menggeledah apa yang tak perlu.huuhu..



..dan ini rakan² beliau




























Selamat mencuba dan mengisi masa senggang!
♥♥♥


Tuesday, June 8, 2010

fenomena LBS♥




aha, suka hati nak cakap aku jiwang ke..feeling lebih ke..dalam hati ada taman k. :p
Untuk orang² single parents macam ak ni (maksudnye berjauhan dengan boifren..atau ade boifren tapi mcm tadek jer..)kami perlukan hiburan² mcm ni untuk feeling 'cinta' macam org lain yang sedia ade boifren/pasangan etc.

Caranya, kita selami hati pelakon pompuan tuh..letakkan dia dalam diri kita..
automatik..kalau tuh kisah cinta, rasanya kita yang sedang bercinta..terbuai² mcm apa yang kita lihat..ahh, perasaan tuh indah, ape salahnya org mcm kami nak feeling apa yang kami tiada sebenarnya..kan?kan?sila AGREE :)


LBS berjaya mengalirkan air mata aku.
aku so TOUCHING. aku gelak. ak gembira. aku sedih. ak marah.
tapi d point here, aku tak berapa ingt novel dia..jadik all over, cerita cinta kronik macam ni dah lama aku dambakan dari Malaysia. selama ni asyik layan feeling cerita indon,cerita korea.. cerita ali setan..LBS mmg BEST!


Lagu dia buat aku terbuai²..erk

aku benci que haidar. Dia sangat pandai berlakon.. "syiall!!!"---antara pekikan dialog dia lepas tolak ayu2 dan terkena pasu..pehh, aku mmg takkan lupa. Giler horror wehh..

Oh lisa, kenapa ko menangis tak keluar air mata?
ada sapa2 boleh cubit lisa sampai dia nangis tak??
sekali jer air mata dia mngalir..masa kasyah nak blah.TAK CUKUP!
air mata dia kena mengalir masa mak dia sakit, masa mak dia paksa dia kahwin..masa dia kena pukul dengan Azmi..ah! sila jadik gembeng macam aku.ahahhaah :p
--pandai jek aku comment
sedikit sebanyak benda ni effect, tapi..ahh, aku suka la film ni!


Plot cerita kena lebih smoothh.. hurmm, sbb nampak terlalu cepat, agak tercungap2 jugak aku nak kejar mcm lari botton 4x400 meter ..heheheeh


layan male vers pulop oke. :)






♥ ♥ ♥

Monday, June 7, 2010

Booth 106

Kisah Sekitar jualan langsung di gerai belibelah-shawl @PWTC.

Aku dah re-brand belibelah-shawl nyer header, takot jugak fans dah tak kenal.
Sebab² nya, aku pening.aku confuse.aku ragu² ok ker letak belibelah-shawl kat nama booth?
hurm....(ak mmg suka tiada keyakinan diri-ayark)

Akhirnya, aku letak nickname aku yang femess tuh :p ..ezaodette (should be eza2odette..)
kalau letak eza2odette, org sakit otak pulop nak pronounce..haih, jadik aku letak ezaodette..
tuh pon orang pronounce e.za.o.det.te..haha..papeje lah u'ols,
asal korang bahagia, aku pon happyyyyy (^^)

       **kisah disebalik eza.2(to).odette--aku cerita karang :p






















shantekk tak??heheheheh



Ini 1st booth of belibelah-shawl.
Aku teruja.Aku bersyukur. Alhamdulillah
3hari dilalui dengan indah... (^^)
padahal, sehari sebelum aku sangat nervous, aku tak bnyak kelengkapan..mklumlah, aku kan peniaga kecil²an..kena lah invest beberapa RM untuk booth ni.
Hahaaa...niat nak clear stock, ak ingt mmg banyak dah kot stocks tersebut..
tapi pandangan aku jer, hello..stocks tuh tak cukup..lepas 1st day, mlm tu aku run gak carik stocks,
then Alhamdulillah hari kedua, ketiga..lebih lancar perjalanan.Aku kerja hari ke-3 (Ahad), tapi Alhamdulillah  sesangt, segalanya ok..thanks Allah.
uhhh, walau penat aku happyyy.

Thanks pada kawan² yang datang support!!nk kena tulis nama ker?ahhaha..
yang tak dtg support, tolong doakan permudah perjalanan bisnes aku pon..also HUGE thanks sayam.lebiuuu :)
..also to Fulra, aan, anne ..and rainy..azizul n family!(rakan² se-booth) yang banyak sgt2 tolong..jg booth, layan my customer jugak..
Aku sayang gilerr kat kowangg! huk--
Not to forget..my luv parents, n sibling...mwahhmuchas!
(echehh speech macam aku apat award kan?..hehheeh)
hah, aku LEGA.. :)


Oke..
now baru turn nengok pix.
Aku tak banyak sgt pose ngan rakan2..
maklumla, aku pekerja dan peniaga efisyen.muahhaha :p
layannnn keyh lalink!





















































 booth106. ezaodette exclusive




















 minah arab cun kan?hehehe
























rawatan mata ala permata hijrah, tapi ni brand lain





















































  
Design kad kahwin guna lazer atas kayu. -New 




























Booth landscape infront of our booth





Ok, skrang aku nak share pengalaman.
Korang..plis baca sampai tamat. 
(Ye, saya suka paksa!demi kebaikan kowang gak...mueheheh)



Selama ni, aku memang takpernah tahu.tak pernah nampak non-malay (esspecially chineese) mintang kurang. Ok, ini SERIUS..yelah, penah polak kowang nampak chineese tak jadik tokey?kan kita yang selalu beli kat dorang..?so, aku a bit supprise bila afew customers aku adalah chineese, and they all mintak kurang, ayark..dialog pon sama ala-ala melayu jugak, memang 1Malaysia lah kita ni..huhu

Second experience nak share ialah, jaga² tentang pengetahuan anda.
Sumpah, kebelakangan ni aku dihantui oleh perkataan PERSPECTIVE.
Since aku ni graduan Graphic,UiTM..perkataan tu familiar lah sesangat, cuma lately jer..ade 1 rakan  baru yang chomeyl suka hantui aku ngan soalan begini. (click link kalau nk kenal beliau dengan lebih dekat)

Jadi, nak dijadikan cerita..
ade sorang kakak yang berkenan dengan Handbag hook gerai kami,
beliau bertanya kepadaku, "Apa perspective u if i choose diz...(sambil tunjuk handbag hook yg beliau pegang)..aku terkedu sat..pehtuh, aku goreng2..lepas tu beliau beralih, ke handbag hook design yang lain, warna yang lain..dan tanya lagi pasal perspective.. ok, fine!dia menguji kemampuan psikologi aku ker ape?Kalau salah cakap, confirm dia tanak beli wo..tapi interm of apekah perspective yang dia nak aku jawab?? ah, sangat SUBJECTIF la jawapan kepada soalan beliau.... bagi aku, beliau adalah golongan manusia yang teliti. Jadi nasihat kepada diri sendiri dan rakan², sila banyak membaca semula....haih

ehh, Beliau beli ok handbag hook tersebut. huuhu.. (^^)v


aku dah banyakk sangat menaip.
haha..tenks pada sape yang berjaya baca sampai tamat.
Hadiah pada kepenatan kami, --kami nonton Lagenda Budak Setan pada malam tersebut jugak.
Nak tido pon rasa ade airmata bergenang.aku TOUCHING. tak kesah pada sape² yang condemn cerita ni..tapi bagi aku, untuk permulaan filem kisah cinta tragik..tahniah pada mereka. lepas ni kemaskan sikit plot, jangan kedekott (ye tuan produser).










































next entry,
LBS OST (^^)
♥♥♥

Thursday, June 3, 2010

♥ welcome dania qaisara*


11.30pm.02june2010
nama macam artis ♥
----congratulations mummy Linda mybff yang selamat bergelar ibu, malam tadi.
Alhamdulillah, perfect creation by u both..huh,
so-jeles.

Welcome Dania qaisara,
selamat menjadi anak solehah..
mama awak agak susah mengeluarkan awak,
kena syang dia banyak² tau!

**♥♥♥**

Wednesday, June 2, 2010

bukan ko sowang punyer ok?


Panjang tak tajuk kali ini?
haha.. saje kasik gimik aje.
hari ini aku gembira weh, sangat GUMBIRA :)

tapi dalam saat gembira, jangan di lupa yang berduka- bersyukur sebab tahanan² yang ditawan dalam kapal Mavi Marmara dilaporkan selamat. Entah, tak pasti kadang² laporan media ni boleh diguna pakai atau tak..berita paling latest mmg aku kurang pasti sebab aku jauh dari TV, papepon aku doakan si Jahanam Israel laknatullah akan mendapat balasan paling dasyat sedasyat lontaran batu api neraka dari burung ababil. Astaghfirullah..


ok kembali pada tajuk,
hu?( sebenarnya topik mmg tiada kena mengena dengan tajuk.. jadik, proceed je k (^^)
jadi, gerangan apakah yang buat beta gembira sekali?
Ahahaha.. beta gembira sbb my bff dah masok labour room.
rasanya setiap 2hari sekali aku asyik call or ym tanya dia, dah ke?dah k?
Kira aku excited nak menantikan anak kelahiran beliau..wowweeee, dan jawapannya
hari ni dia dah selamat dalam Labour room, tapi belum ade ebrita beliau berjaya mengeluarkan baby lagi..tak pe aku sabar menanti..
segeralah Qaisara keluar dengan selamat +doakan baik2 sahaja buat puan Linda..amin!..


Berita seterusnya-
Aku dan rakan² akan buka booth di PWTC

Start Time:
Friday, 04 June 2010 at 10:00
End Time:
Sunday, 06 June 2010 at 17:30
Location:
PWTC (muslim world Biz)

ok, sesapa yang baca announce ni automatik WAJIB hadir ok.
ahahaha..booth kami booth wanita, harusla menjual shawl dan tudung dari belibelah-shawl,
lain² barangan Mary Kay, Extender Dahlya :)
Jemput Hadir..

Ni 1st booth aku,
kebetulan Belibelah-shawl sambut 1st year bufday dia,
berangan aku nak give away 'sumthing' untuk customer y banyak support.
Tapi banyak perkara nak kena pk ni..hold dulu kot?
tapi jangan risau..siwiyes barangan belibelah-shawl murahh bangatt :)
Tak datang RUGI tau --hehehe.ancaman separa membunuh :p

Yang penting, aku sangat NERVOUS dengan ini booth weh,
banyak aku pk..mcm mana nak display, call card n tag perlu ker?
aiyark..mmg amcam budak setahun dipaksa mak susun no1-sampai no 10.
huhu.. doakan aku yer blogers :)

http://muslimworld.com.my/
(for more info sila click)


ps~**another bff aku sedang terapi selepas patah kaki akibat terlibat dalam kemalangan baru² ini.
Maz segera sihat..pehtuh kita shopping barang wedding kau! ahhaha :)



Thursday, April 29, 2010

ontahh la

Selamat petang rakan2. Dikedinginan petang, yang sejuk salju ni..tiba² aku teringat akan blog ini..ouh, sangat kasihan kerana dah sangat lama aku tak menjengah. Aku sndiri tak faham apa yang aku sebukkan.kepala sungguh berat, tapi jangan risau..aku masih utuh dihadapan pc kerana sememangnya aku wajib utuh, sbb pekerjaan aku masih membelenggu fikiran..(ye, maksudnyer aku masih diopis ngah tunggu work aku diapprove, lepastu baru buleyh pulang) ah..kerja ouh kerja. Hari penuh keserabutan adalah khamis, tetapi khamis jua membahagiakan kerana esuk aku cuti..huyehh!


Sambil minum teh tarik yang aku kirim dari amir..aku meneruskan karangan  di blog ni....



Lepas tuh amek masa 20 minit ayat seterusnya.
kronik tak aku ni?


Aku seriusly tatau nak update ape.
Seronok baca blog korang..
haha.. aku banyak jadik silent readers aje, kenapa tak kumen?
sbb ni lah maasalah aku..
tatau nak RESPON! ayarkk..ape dah jadik ngan aku ni..


nantilah..ade idea yang menggila aku update keyh.
mwahhhhhhhh!

















sapa nak massage aku?
aku upah eskerim malaysia..perisa milo, suka kan???
haha :D

daaaa

Monday, April 12, 2010

new entri

Macam mana untuk lebih rajin?macam mana untuk lebih kaya?
-----------sebenarnya tatau nak update tentang apa.
Yang penting usaha sekarang kena lebih berganda.
selamat berjaya gie-






layari ni - http://belibelah-shawl.blogspot.com/
belibelah-shawl in fb.>> be our fans!

thanks~

Monday, April 5, 2010

shocked!

sumer org tahu yang kita kehilangan beliau-
dan aku mmg sgt² sedeyh..sbb aku rasa 'dia' sumber inspirasi setiap pagi.
--inspirasi untuk semua orang y wajib dengar riuh page era

Thanks to Zizan RL
sbb aku baca wall shout dia kat fb then i know da condition of Arwah..
n i was really shocked.
Teros riuh kat twitter..n bila Aznil approved, hati terus tak keruan.

Hari sebelum kejadian,
aku risik² dengan rakan² mcm cat-abg z (orang² y agak tahu pasal industri)..
yelah, sbb sangat confused dengan kenyataan eraFM ..
dalam laman sesawang aznildandinberamboi.com kata condition dia semakin baik,
dan sgt lega dengan perkara itu..tapi lain pula kata² manusia² di opis,
n some person twitted y organ utama arwah da shutdown
--since cat kerja dengan afdlin, im sure dia tau la sket sebanyak.
The truth is memang arwah kritikal n bergantung dengan mesin hayat...
Abg zainuri (penolong pengarang hiburan Berita Harian) said so..
n doc da suro panggil ahli keluarga..

wah malam tuh lagi la aku tak keruan..
aku tataulah kenapa, tapi mmg aku takott sgt² kehilangan beliau dalam industri..

Akhirnya, dalam keadaan tak keruan aku terlelap jua..
..Mior text me: my uncle,Mior Ahmad Fuad Mior badri has gone..@12.30
Innalillah..only noticed at 6am.
dan terus berjuraian...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke aats roh beliau.
Al-fatihah..


























Ini tribute aku untuk allayarham-
page undi tak undi yang aku buat untuk manusia paling kelakar
...dia dah lama menang dihati peminat² nya.

we gonna miss u... MIOR AHMAD FUAD MIOR BADRI-(1966-2010)

Monday, March 29, 2010

belibelah-shawl buat competition!

Hebat tak hebat..
korang² y pernah membelibelah di belibelah-shawl kena join pertandingan ni..

*click link-

ee..terok betol buat competiton 3 hari??
mmg menggelabah ayam-ces3.**
hehehe..

papepon yang best ever~
Hadiah menarik!


















2 tiket oke?Nak pergi??ehehe-and limited edition shawl
Untuk lelaki² budiman, gi paksa gilfren korang join competition nih oke.
Untuk wanita² solehah..plis support me~plis3...♥



Dah, daku mahu polang ke umah..istirehat.
Harapan esok adelah manusia² y interested nak join my competition tuh.

sekian.

Monday, March 22, 2010

aktiviti sihat dan menarik!!

 Berita gumbira buat bakal2 pengantin tau--










Wedding bazaar gathering

Wah!!.. aku sangat teruja bila anil dan bloggers bride dia nak buat gathering-
sambil2 tuh berkongsi pengalaman dan pendapat dengan brides to be,
ade juala2an dan sewa²an jika tak silap-siap ade game n hi-tea..banyak lagi kot aturcara majlis~
Eee..suweetnyer. bertambah rapatlah hubungan sesama manusia-indah tu (^^)

Boleh baca blog ni untuk keterangan lanjut::

acara bakal berlangsung disini:
THE ZON ALL SUITES RESIDENCES(hotel belakang masjid klcc)
Daisy Hall
27th March 2010 -2pm-6pm
 
 
 
Aku tak pastilah benar atau tidak aku menguwar² kan
hal ini kepada pengikutku **followers atau silent readersku wahai anil..
karena, tarikh untuk registration pon telah lepas iaitu last friday..19th MARCH 2010

Tapi kot2 la kalau kamu²sangat berminat, boleh tanya pada puan anil dan bloggerbrides yang turut serta incharge program ni..hah program yang aku dapat rasakan pasti syiokkk.
hehehe

papepon tahniah keatas penganjurannyer!
yay (^^)

Thursday, March 11, 2010

transform time




SELF TRANSFORMATION OF NSTP STAFF
VENUE: ANJUNG RIONG, BALAI BERITA
DATE: 10 MARCH 2010



Hah.
selepas di motivate mudah2 an hari2 esok ku lebih baik dari hari ini.
antara yang aku mahu kongsi:

I. Sebelum tido kena...."maafkan orang"
II. Bangun tido kena......"Bersyukur"
...........kena senyum 10second
sebab: badan kita akn automatically mengeluarkan 4 jenis hormon:
a) hormon endorphin
b) hormon nor-endorphin
c) imunity hormon (aku tak ingat nama saintific dia)
d) Dynophin

:: sila la google kebaikan2 hormon tersebut pada badan

..........lepas senyum, minum segelas air masak (^^)

III. Cara2 membuang air kecil.
lelaki--seat atau mencangkum. pastu berdehem..ehem3x.
perempuan---urut2 la dr perot ke bawah
::insyAllah--terpelihara dari skit2 batu karang ke..

iV: buang air besar.
::Ikot cara nabi muhammad
---badan senget ke kiri, urut2 area pinggang (sbb itu tempat najis etrsimpan) letak tangan di kepala.
Juga dipersetujui tabib cina dan singh..

v: sila makan buah (pisang paling bagus) sebelum makan nasik-etc
Sebab..nnt buah akn bagi khasiat (or sumthing la kebaikan..tarak ingat) pada badan.
kalau makn buah lepas makan ansik, buah akn keluar menjadi najis..tak berkhasiat langsung.

emm...ape lagi ekh.
Nanti kalo ade lagi aku tambah la..

yang penting, Hj Fadilah Kamsah ni boleh tahan gak dia nyer selingan gurau senda.
aiyoo..
huuhu--