Followers

Friday, April 4, 2014

Ibu mertuaku


Satu dalam seribu.
Oh mungkin sejuta.
Kadang-kadang rasa dalam sebuah drama bersiri.


Anda pelik.
Nampak macam "emptinest syndrome"
bagi sesetengah ciri.
Separuh lagi, mungkin terlalu lama bersendiri..
Jengkel bersama lelaki,
biar cuma menantu sendiri.


Ye, maaf kerana berasa pelik.
Kadang-kadang pening.
Kerana belajar untuk faham,
Tapi tak tercapai.


Sedih.
Yang halal menjadi dosa.


Kasih ibu sampai ke syurga.
Allah tolong ibu, curahkan kasih kepadanya.
Supaya mata sentiasa berbunga suka.
Hanya nampak indah, baik dan bahagia.


Allah bantu daku juga.
Tolong jagakan kasih dan sayang dalam diri,
Agar terus kembang mekar mewangi.
Agar menantuku mendapat yang hak.
Itu pun jika panjang umur.
Semoga panjang umur.

1 comment:

suezen said...

mcm ade yg tersirat....:) whatever it is..tabah dgn setiap dugaan:)