Followers

Sunday, October 6, 2013

REVIEW 1: Dream World Resort



Assalamualaikum blogers!

Jadi, pada malam yang suam-suam kuku ini aku nak share info mengenai resort tempat bermalam ketika berada di kaki Gunung Kinabalu. OH buat pengetahuan anda, ini adalah pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sabah, Alhamdulillah, dengan keadaan diri hamil 32minggu... daku berjaya jua sampai. Horayyy!
















































PLACE: Dream World Resort
*Terletak di kawasan Kundasang (4KM dari pekan Kundasang)
CHECK IN/OUT : 2ptg (in) - 11 pagi (out)
WEBSITEhttp://dreamworldkundasang.com/index.html
CONTACT: info@dreamworldkundasang.com | Call088 - 888333




Baby sesorok disebalik baju. hehehe


























KEISTIMEWAAN:

1. TIADA masalah Fullybook (since korang tahulahkan, area kaki-kaki gunung ni kena book awal-awal. Setakat macam aku nak pegi Khamis, hari rabu baru terhegeh2 nak cari resort memang boleh menangis tak jumpa resort best.. tetapi DREAM WORL RESORT (DWR) adalah penyelamat bumi! yayy!! alhamdulillah... Mungkin sebab DWR ni resort baru, so tak berapa nak famous.


2. BEST sangat sebab confirm nampak Puncak Gunung Kinabalu wei weii weii. Sila faham ye, klu awak bangun pukul 9 pagi cita-cita nak lihat puncak gunung memang tinggal cita-cita je, sebab possibility puncak di selimut kabus adalah tinggi. seeloknya sila bangun Subuh, sesudah menunaikan solat keluarlah ke balkoni bilik anda dan hayati lah pemandangan Puncak Gunung Kinabalu yang nampak jelas dari balkoni bilik resort ni. Awesome! 



SHOOT TIME: 6AM | Pemandangan dari balkoni bilik
Mohon abaikan gambar under construction kat puncak gunung tu.
Mungkin resort ni dalam proses menambah banyak bilik-bilik.heheh



















Lebih kurang beginilah rupa paras balkoni tersebut





















9 AM |
Kabus dah mula banyak dan bakal menutupi puncak gunung Kinabalu



















Pemandangan lain dari balkoni






























3. BUDGET, err... yang ni tak dapat nak cerita bebenor detail dia pasal my hubby yang bayar. Tapi insha Allah mampu milik kot.. kami punya bilik yang siap jakuzi. Boleh la sesiapa yang berkenaan atau yang nak berhuneymoon tu amek bilik yang ada jakuzi, pasal bath tab tarak... hehe.. syiokk. Air mandian ada air panas dan air sejuk. Disediakan jua meja makan. Katil Queen. TV dan Kettle, dengan cawan untuk buat air panas. Sejuk okkay (Sangattttt) keadaan di sana pada waktu malam sehingga pagi..grrrrr


4. BERHAMPIRAN dengan tempat-tempat yang wajib kunjung di area Kundasang ni. Contoh, Desa Dairy Farm..paling dekattttt sangat dengan Resort. Alaaah, tempat yang ala-ala New Zealand sebab ada banyak lombu tuuu. hehe... One way jugak ke tempat Poring Hot Spring dengan Ikan Kelah "Tagal" yang gigit2 manja kaki tu...


Tu je la kot keistimewaan DWR yang aku ingat setakat hari ini.
Heh... dah sebulan berlalu, mana nak ingat segala. Tapi Tips nak tengok puncak gunung ni mudah, makesure kome dah terpacak kat kundasang seawal 6 pagi. Jika tidak, bimbang percutian tidak seperti yang diharapkan...


Ouh ye, sorry... den lupo snap gambar dalam bilik. hehe.. selalu lupa part ni. maaf lah. Tapi ada gambar jakuzi dengan hubby, alahai segannya nak hupload..... tapi, hupload je lah (.. niat lillahita'ala untuk memudahkan kekawan yang tegah survey bilik kat kaki gunung ni buat pilihan jenis bilik.)



Kitorang duduk atas jakuzi tu.. hehehe






































Ini adalah pemandangan laluan depan bilik kami
























































Kesimpulannya, tempat ni well recommended for u guys. Aku bagi 4 bintang out of 5. Sesiapa yang baca review aku dan rasa nak menempahnya boleh la guna no fon dan website yang aku lampirkan di awal penulisan. Harap2 anda juga gembira dengan percutian di Sabah sepertimana saya. :)


Sebelum melabuhkan tirai penulisan hari ini, saya menutup rangkap perengan yang terakhir dengan sekeping gambar dengan baby bump hehehe.... now 36w. Doakan segala berjalan lancar ya..



Nampak awan tu? Ya, awan bakal menutupi puncak gunung. Jaga-jaga..




























SEKIAN.





2 comments:

suezen said...

hehehe....dh lame x smpi sane..kalau blk je x dan nk p:D

eza2odette said...

lupa sue org sabah bah! heeee... syioknyahh sabah bah!