Followers

Sunday, September 29, 2013

Harum Cabaran Perkahwinan

Ewahhh... Kemain serius bunyi tajuk.
Anyway, 1st time update blog tru smartfon.
Sambil bergolek2 atas katil dan tetiba ada keinginan untuk menaip.

Malam ni I nak cerita tentang cabaran perkahwinan.
Harap maaf kalau ada yang belum berkahwin. Anyway, ni isu general.
Kalau anda belum kahwin, boleh jadikan ia sebagai panduan.
Panduan? Kemain! Ni bukan blog motivasi pun.. Hewhew..
Sekadar nak kongsi pengalaman je. Wah! Ini pon macam 1st time berblog dengan kadar patah perkataan yang banyak. *tepuk bahu sendiri*

Kepada yang telah berkahwin, i nak ucapkan tahniah. *ok, sila tepuk bahu masing2 ya.
Of course! Sila bersyukur dan gembira, bukan semua orang telah dikurniakan jodoh.
Semua dengan izin-Nya. Maka bersyukurlah, walaupun perkahwinan bukan atas dasar cinta ke, rasa cinta dalam perkahwinan semakin suam2 kuku ke.. Kahwin tapi belum dikurnia zuriat ke.. Atau berkahwin tetapi jarak jauh a k a Long Distance Relationship (LDR). Oh please, readers.. Tak kisah apa keadaan institusi perkahwinan anda, marilah kita belajar bersyukur sebelum Allah swt tarik nikmat. *Ting* boleh berlaku sekelip mata, jangan main2 ye ;)

Situasi2 seperti yang kita cakap tadi, adalah antara cabaran2 bagi pasangan yang berkahwin. Dan percayalah, setiap pasangan yang berkahwin tentu2 mengalami cabaran yang tersendiri. Tak usah compare lah, "ouh bahagianya dia.. Hari2 dapat bungam dari husband", "ouh kesian dia, kaya.. Tapi takde anak.." .... "Aku ada anak, ada harta.. Tapi suami jarang balik.. Untung lagi Kak kiah depan umah, susah2 pon suami di sisi.."


Alahai conversation macam ni, tak usahlah bermain diminda.
Wahai mu'min sejati... Ingat je lah ayat al-Quran yang maksud dia lebih kurang,
"Apakah kamu memyangka kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami telah beriman' sedangkan kamu belum di uji?" -Surah al-ankabut:2

Justeru, marilah aku khabarkan akan keharuman cabaran perkahwinan dalam institusi kekeluargaanku. Dengan rendah hati, aku ingin kongsikan bahawa aku antara ribuan ibu hamil yang banyak bersendiri tanpa suami di sisi. Semasa dikhabarkan aku hamil, aku di hostel memenuhi tuntutan sebagai pelajar sarjana semester akhir. Aku pegi 1st chekup ditemani kawan, selebihnya aku sendiri. Aku bertemu suami, sudah tentu tapi... Sebulan sekali.

Selepas 6bulan berhempas pulas menyiapkan thesis, sudah masanya aku menamatkan pelajaran. Yay. Alhamdulillah.. Manage untuk habiskan ontime, setahun setengah.. Luckily, baby ajak mum mabuk2 bulan ke3 sahaja... Alhamdulillah. Part ni, Allah swt mudahkan... Syukur.

Aku masih dan terus bersyukur Ramadan dan Syawal ku bersama suami. 2bulan di sisi suami adalah indah, pergi klinik sekangkang kera pon husband hantar. Mengada lebih. Namun, sesudah Syawal aku menghabiskan sisa bulan2 kehamilan sendiri lagi di rumah keluarga. Menyambung tradisi bejauhan suami. Baru aku sedar, total up: 7bulan aku menjadi Super Mum To Be.

Aku nak cita apa sebenarnya ni?
Aku nak cerita...kisah atau jalan hidup manusia ni berbeza-beza.
Selalu sangat aku baca di  FB page tertentu...Tips buat suami melayani ibu hamil, Tips bakal ayah.. Tips mudah bersalin... Semuanya tidak menyebelahi kami2 yang LDR. Sesungguhnya ia memang TIDAK ADIL. Tapi aku kena lah akur, orang2 istimewa yg Allah takdirkan dengan cabaran sebegini mestilah punya cara istimewa (tak tipikal) sebab tu takde tips yang di share kat page FB. *sila angguk, kita perlu aura positive. Hehe*


Dalam menghadapi minggu akhir kehamilan, sure aku perlukan teman di sisi untuk tolong urut2 pinggang, kaki dan betis aku yg sesakit ni.. Tapi, perlukah aku mengharapkan sesuatu yg tak mungkin..teman berupa suami misalnya. Itu angan2. Cukuplah minyak panas sebagai pelega. Dan kamu2 yang disekeliling manusia yang cabarannya lebih sedikit dari kamu, tak usah simpati. Aku tak tau orang lain, tapi aku rimas dengan rasa simpati seperti... "Kesiannye kau...bla bla", aku lagi suka kalau korang cakap... "Wah, tahniah..kau supermum!" "InshAllah wei, nnt anak ko pon survive mcm kau.." "Awesome, kau kuat.." Cecewahhh... Kata2 semangat gitu..sebab, aku lebih perlu kata2 itu dari kata2 simpati, yang sudahnya buat aku rasa kerdil dan kecil, tak bahagia.. Sedih.. Ah, paham2 lah hormon perempuan hamil..


Mata dah ngantok.

Kesimpulannya. Kita pilih, apa yg kita nak rasa. Nak happy, pilih happy..
Kita syukur nikmat, kita happy.. Hargai apa yang kita ada, dan percaya.. Tak semestinya orang yang loveydovey tiada cabaran dalam kehidupan berumahtangga. Tak mungkin.

Hidup ini bukan cuma dunia.. Gembiralah, dan bersyukur.
Insha Allah...


































p/s: Nak review pasal tempat-tempat yang sempat kita lawati kat Sabah.
Bilakahhh mampu menaip lagi, sabar ok.. sama2 nantikan :p



No comments: