Followers

Thursday, October 17, 2013

Kecoh Nikah 2 Kali


Amboii... pepening banyak makan daging qorban ke tuuuuuu??
hehe.. Salam Aidiladha buat readers!


Entri menyibuk kali ini,
mengikut perkembangan isu semasa kisah Aeril and Wawa nikah 2nd time.
Sakit jiwa betul bila tengok video press conference dorang,
Sakit jiwa n sakit hati dengan reporter2 hiburan yang menghentam dorang, kemain!
Apa yang korang marah sangat sebenarnya??
Korang tanya soalan atau mintak penjelasan dalam keadaan yang rude giler,
tiada budi pekerti bagi aku. Tanya lah elok2, dorang tu manusia dan ada mak bapak.... ada perasaan juga. Aku rasa klu aku jadi wawa aku macam boleh nangis kat situ dihentam teruk!
Memanglah keje u ols, tapi adab tu tolong la sematkan dimulut...Astaghfirullah!!

















Credit PIx : http://www.malaysiandigest.com


























Bukan makna aku sokong pasangan ni. Tak.
Aku pun argue, kenapa tak boleh  kepilkan dokumen yang perlu dan daftar je..
kenapa mesti ada 2nd time akad?

Matlamat tak menghalalkan cara.
Tapi untuk Aeril dan Wawa, mereka sah bernikah. dan anak mereka adalah anak sah taraf.

Wahai manusia, jangan kejam.
Jangan mudah melabel manusia lain.
Jangan mudah bergendang khilaf saudara sendiri.
Sesungguhnya kita mahluk Allah,
yang aibnya tersembunyi atas redha Allah itu sendiri.
Beristighfarlah..


Suasana press conference Aeril and Wawa yang sangat kecoh.



Takleh attach pulak video. Klik link ok!





While ni penjelasan UAI mengenai nikah dua kali




OK dah.
Penat.... tayah kekeco lagi k.
Doakan kebahagiaan saudara-saudara kita.
Wallahu'alam..






Sunday, October 6, 2013

REVIEW 1: Dream World Resort



Assalamualaikum blogers!

Jadi, pada malam yang suam-suam kuku ini aku nak share info mengenai resort tempat bermalam ketika berada di kaki Gunung Kinabalu. OH buat pengetahuan anda, ini adalah pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sabah, Alhamdulillah, dengan keadaan diri hamil 32minggu... daku berjaya jua sampai. Horayyy!
















































PLACE: Dream World Resort
*Terletak di kawasan Kundasang (4KM dari pekan Kundasang)
CHECK IN/OUT : 2ptg (in) - 11 pagi (out)
WEBSITEhttp://dreamworldkundasang.com/index.html
CONTACT: info@dreamworldkundasang.com | Call088 - 888333




Baby sesorok disebalik baju. hehehe


























KEISTIMEWAAN:

1. TIADA masalah Fullybook (since korang tahulahkan, area kaki-kaki gunung ni kena book awal-awal. Setakat macam aku nak pegi Khamis, hari rabu baru terhegeh2 nak cari resort memang boleh menangis tak jumpa resort best.. tetapi DREAM WORL RESORT (DWR) adalah penyelamat bumi! yayy!! alhamdulillah... Mungkin sebab DWR ni resort baru, so tak berapa nak famous.


2. BEST sangat sebab confirm nampak Puncak Gunung Kinabalu wei weii weii. Sila faham ye, klu awak bangun pukul 9 pagi cita-cita nak lihat puncak gunung memang tinggal cita-cita je, sebab possibility puncak di selimut kabus adalah tinggi. seeloknya sila bangun Subuh, sesudah menunaikan solat keluarlah ke balkoni bilik anda dan hayati lah pemandangan Puncak Gunung Kinabalu yang nampak jelas dari balkoni bilik resort ni. Awesome! 



SHOOT TIME: 6AM | Pemandangan dari balkoni bilik
Mohon abaikan gambar under construction kat puncak gunung tu.
Mungkin resort ni dalam proses menambah banyak bilik-bilik.heheh



















Lebih kurang beginilah rupa paras balkoni tersebut





















9 AM |
Kabus dah mula banyak dan bakal menutupi puncak gunung Kinabalu



















Pemandangan lain dari balkoni






























3. BUDGET, err... yang ni tak dapat nak cerita bebenor detail dia pasal my hubby yang bayar. Tapi insha Allah mampu milik kot.. kami punya bilik yang siap jakuzi. Boleh la sesiapa yang berkenaan atau yang nak berhuneymoon tu amek bilik yang ada jakuzi, pasal bath tab tarak... hehe.. syiokk. Air mandian ada air panas dan air sejuk. Disediakan jua meja makan. Katil Queen. TV dan Kettle, dengan cawan untuk buat air panas. Sejuk okkay (Sangattttt) keadaan di sana pada waktu malam sehingga pagi..grrrrr


4. BERHAMPIRAN dengan tempat-tempat yang wajib kunjung di area Kundasang ni. Contoh, Desa Dairy Farm..paling dekattttt sangat dengan Resort. Alaaah, tempat yang ala-ala New Zealand sebab ada banyak lombu tuuu. hehe... One way jugak ke tempat Poring Hot Spring dengan Ikan Kelah "Tagal" yang gigit2 manja kaki tu...


Tu je la kot keistimewaan DWR yang aku ingat setakat hari ini.
Heh... dah sebulan berlalu, mana nak ingat segala. Tapi Tips nak tengok puncak gunung ni mudah, makesure kome dah terpacak kat kundasang seawal 6 pagi. Jika tidak, bimbang percutian tidak seperti yang diharapkan...


Ouh ye, sorry... den lupo snap gambar dalam bilik. hehe.. selalu lupa part ni. maaf lah. Tapi ada gambar jakuzi dengan hubby, alahai segannya nak hupload..... tapi, hupload je lah (.. niat lillahita'ala untuk memudahkan kekawan yang tegah survey bilik kat kaki gunung ni buat pilihan jenis bilik.)



Kitorang duduk atas jakuzi tu.. hehehe






































Ini adalah pemandangan laluan depan bilik kami
























































Kesimpulannya, tempat ni well recommended for u guys. Aku bagi 4 bintang out of 5. Sesiapa yang baca review aku dan rasa nak menempahnya boleh la guna no fon dan website yang aku lampirkan di awal penulisan. Harap2 anda juga gembira dengan percutian di Sabah sepertimana saya. :)


Sebelum melabuhkan tirai penulisan hari ini, saya menutup rangkap perengan yang terakhir dengan sekeping gambar dengan baby bump hehehe.... now 36w. Doakan segala berjalan lancar ya..



Nampak awan tu? Ya, awan bakal menutupi puncak gunung. Jaga-jaga..




























SEKIAN.





Sunday, September 29, 2013

Harum Cabaran Perkahwinan

Ewahhh... Kemain serius bunyi tajuk.
Anyway, 1st time update blog tru smartfon.
Sambil bergolek2 atas katil dan tetiba ada keinginan untuk menaip.

Malam ni I nak cerita tentang cabaran perkahwinan.
Harap maaf kalau ada yang belum berkahwin. Anyway, ni isu general.
Kalau anda belum kahwin, boleh jadikan ia sebagai panduan.
Panduan? Kemain! Ni bukan blog motivasi pun.. Hewhew..
Sekadar nak kongsi pengalaman je. Wah! Ini pon macam 1st time berblog dengan kadar patah perkataan yang banyak. *tepuk bahu sendiri*

Kepada yang telah berkahwin, i nak ucapkan tahniah. *ok, sila tepuk bahu masing2 ya.
Of course! Sila bersyukur dan gembira, bukan semua orang telah dikurniakan jodoh.
Semua dengan izin-Nya. Maka bersyukurlah, walaupun perkahwinan bukan atas dasar cinta ke, rasa cinta dalam perkahwinan semakin suam2 kuku ke.. Kahwin tapi belum dikurnia zuriat ke.. Atau berkahwin tetapi jarak jauh a k a Long Distance Relationship (LDR). Oh please, readers.. Tak kisah apa keadaan institusi perkahwinan anda, marilah kita belajar bersyukur sebelum Allah swt tarik nikmat. *Ting* boleh berlaku sekelip mata, jangan main2 ye ;)

Situasi2 seperti yang kita cakap tadi, adalah antara cabaran2 bagi pasangan yang berkahwin. Dan percayalah, setiap pasangan yang berkahwin tentu2 mengalami cabaran yang tersendiri. Tak usah compare lah, "ouh bahagianya dia.. Hari2 dapat bungam dari husband", "ouh kesian dia, kaya.. Tapi takde anak.." .... "Aku ada anak, ada harta.. Tapi suami jarang balik.. Untung lagi Kak kiah depan umah, susah2 pon suami di sisi.."


Alahai conversation macam ni, tak usahlah bermain diminda.
Wahai mu'min sejati... Ingat je lah ayat al-Quran yang maksud dia lebih kurang,
"Apakah kamu memyangka kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami telah beriman' sedangkan kamu belum di uji?" -Surah al-ankabut:2

Justeru, marilah aku khabarkan akan keharuman cabaran perkahwinan dalam institusi kekeluargaanku. Dengan rendah hati, aku ingin kongsikan bahawa aku antara ribuan ibu hamil yang banyak bersendiri tanpa suami di sisi. Semasa dikhabarkan aku hamil, aku di hostel memenuhi tuntutan sebagai pelajar sarjana semester akhir. Aku pegi 1st chekup ditemani kawan, selebihnya aku sendiri. Aku bertemu suami, sudah tentu tapi... Sebulan sekali.

Selepas 6bulan berhempas pulas menyiapkan thesis, sudah masanya aku menamatkan pelajaran. Yay. Alhamdulillah.. Manage untuk habiskan ontime, setahun setengah.. Luckily, baby ajak mum mabuk2 bulan ke3 sahaja... Alhamdulillah. Part ni, Allah swt mudahkan... Syukur.

Aku masih dan terus bersyukur Ramadan dan Syawal ku bersama suami. 2bulan di sisi suami adalah indah, pergi klinik sekangkang kera pon husband hantar. Mengada lebih. Namun, sesudah Syawal aku menghabiskan sisa bulan2 kehamilan sendiri lagi di rumah keluarga. Menyambung tradisi bejauhan suami. Baru aku sedar, total up: 7bulan aku menjadi Super Mum To Be.

Aku nak cita apa sebenarnya ni?
Aku nak cerita...kisah atau jalan hidup manusia ni berbeza-beza.
Selalu sangat aku baca di  FB page tertentu...Tips buat suami melayani ibu hamil, Tips bakal ayah.. Tips mudah bersalin... Semuanya tidak menyebelahi kami2 yang LDR. Sesungguhnya ia memang TIDAK ADIL. Tapi aku kena lah akur, orang2 istimewa yg Allah takdirkan dengan cabaran sebegini mestilah punya cara istimewa (tak tipikal) sebab tu takde tips yang di share kat page FB. *sila angguk, kita perlu aura positive. Hehe*


Dalam menghadapi minggu akhir kehamilan, sure aku perlukan teman di sisi untuk tolong urut2 pinggang, kaki dan betis aku yg sesakit ni.. Tapi, perlukah aku mengharapkan sesuatu yg tak mungkin..teman berupa suami misalnya. Itu angan2. Cukuplah minyak panas sebagai pelega. Dan kamu2 yang disekeliling manusia yang cabarannya lebih sedikit dari kamu, tak usah simpati. Aku tak tau orang lain, tapi aku rimas dengan rasa simpati seperti... "Kesiannye kau...bla bla", aku lagi suka kalau korang cakap... "Wah, tahniah..kau supermum!" "InshAllah wei, nnt anak ko pon survive mcm kau.." "Awesome, kau kuat.." Cecewahhh... Kata2 semangat gitu..sebab, aku lebih perlu kata2 itu dari kata2 simpati, yang sudahnya buat aku rasa kerdil dan kecil, tak bahagia.. Sedih.. Ah, paham2 lah hormon perempuan hamil..


Mata dah ngantok.

Kesimpulannya. Kita pilih, apa yg kita nak rasa. Nak happy, pilih happy..
Kita syukur nikmat, kita happy.. Hargai apa yang kita ada, dan percaya.. Tak semestinya orang yang loveydovey tiada cabaran dalam kehidupan berumahtangga. Tak mungkin.

Hidup ini bukan cuma dunia.. Gembiralah, dan bersyukur.
Insha Allah...


































p/s: Nak review pasal tempat-tempat yang sempat kita lawati kat Sabah.
Bilakahhh mampu menaip lagi, sabar ok.. sama2 nantikan :p



Thursday, September 26, 2013

R E V I E W


Aku janji nak buat review..
Janji bukan kepada followers je, kepada diri sendiri jua..
(Macam lah masih ada followers yang layan blog aku ni kan?)

Aku nak review pasal Wedding dress+pelamin+bunga tangan, Pulau Tioman, Sabah dan Breastpump.

Aku merasakan bahawa review daripada blogger adalah sangat penting untuk kemasalahatan ummah.
Ewahhhh...

Memandangkan aku pun suka google research dulu before buat something2..
Aku amek pandangan bloger2 yang buat review agar tidak terkilan dikemudian hari..
Selebihnya Tawakal tu Alallah...
Justeru, apalah salahnya turn aku pulak yang share pengalaman sedia ada dengan melakukan review. Ye dak?

Tapi nanti, nanti.. bukan sekarang. Sabar and Stay tuneeee...

p/s: Anyway i am currently are job seeker. Mohonlah komen, kot2 nak guna tenaga kerja..Perak territory only. Thanks!



almost 2 years passes...

Bismillahirrahmanirrahim....

MasyaAllah.. hampir dua tahun berlalu.
Banyak perkara berlaku.
Suka, duka, gundah, gulana jadi rencah dalam kehidupan.


Perkara pertama nak share.
I am happily married....!

Tarikh: 3/11/2012
Venue: Cha'ah, Segamat
Photographer: http://shutterzsnap.wordpress.com/
Videographer: N2Nstudio


Aku terima nikahnya... ececeyhh
















































Mengahwini lelaki yang sangat saya sayangi, cintai..
selepas segala onak dan badai, akhirnya Jodoh itu milik kita.
Alhamdulillah


candid atas pelamin. huuhu



























Dapat rezeki jadi cover BH Family juga.
betul-betul feeling raja sehari dat day. huuu....




Bercinta jaman unibesiti uolls
































































































and one more thing...

im gonna be a mother.... soon!
Happy 35th week pregnant :'))





















Ok daaaa... nanti taip lagi!