Followers

Friday, April 4, 2014

Ibu mertuaku


Satu dalam seribu.
Oh mungkin sejuta.
Kadang-kadang rasa dalam sebuah drama bersiri.


Anda pelik.
Nampak macam "emptinest syndrome"
bagi sesetengah ciri.
Separuh lagi, mungkin terlalu lama bersendiri..
Jengkel bersama lelaki,
biar cuma menantu sendiri.


Ye, maaf kerana berasa pelik.
Kadang-kadang pening.
Kerana belajar untuk faham,
Tapi tak tercapai.


Sedih.
Yang halal menjadi dosa.


Kasih ibu sampai ke syurga.
Allah tolong ibu, curahkan kasih kepadanya.
Supaya mata sentiasa berbunga suka.
Hanya nampak indah, baik dan bahagia.


Allah bantu daku juga.
Tolong jagakan kasih dan sayang dalam diri,
Agar terus kembang mekar mewangi.
Agar menantuku mendapat yang hak.
Itu pun jika panjang umur.
Semoga panjang umur.

Thursday, October 17, 2013

Kecoh Nikah 2 Kali


Amboii... pepening banyak makan daging qorban ke tuuuuuu??
hehe.. Salam Aidiladha buat readers!


Entri menyibuk kali ini,
mengikut perkembangan isu semasa kisah Aeril and Wawa nikah 2nd time.
Sakit jiwa betul bila tengok video press conference dorang,
Sakit jiwa n sakit hati dengan reporter2 hiburan yang menghentam dorang, kemain!
Apa yang korang marah sangat sebenarnya??
Korang tanya soalan atau mintak penjelasan dalam keadaan yang rude giler,
tiada budi pekerti bagi aku. Tanya lah elok2, dorang tu manusia dan ada mak bapak.... ada perasaan juga. Aku rasa klu aku jadi wawa aku macam boleh nangis kat situ dihentam teruk!
Memanglah keje u ols, tapi adab tu tolong la sematkan dimulut...Astaghfirullah!!

















Credit PIx : http://www.malaysiandigest.com


























Bukan makna aku sokong pasangan ni. Tak.
Aku pun argue, kenapa tak boleh  kepilkan dokumen yang perlu dan daftar je..
kenapa mesti ada 2nd time akad?

Matlamat tak menghalalkan cara.
Tapi untuk Aeril dan Wawa, mereka sah bernikah. dan anak mereka adalah anak sah taraf.

Wahai manusia, jangan kejam.
Jangan mudah melabel manusia lain.
Jangan mudah bergendang khilaf saudara sendiri.
Sesungguhnya kita mahluk Allah,
yang aibnya tersembunyi atas redha Allah itu sendiri.
Beristighfarlah..


Suasana press conference Aeril and Wawa yang sangat kecoh.



Takleh attach pulak video. Klik link ok!





While ni penjelasan UAI mengenai nikah dua kali




OK dah.
Penat.... tayah kekeco lagi k.
Doakan kebahagiaan saudara-saudara kita.
Wallahu'alam..






Sunday, October 6, 2013

REVIEW 1: Dream World Resort



Assalamualaikum blogers!

Jadi, pada malam yang suam-suam kuku ini aku nak share info mengenai resort tempat bermalam ketika berada di kaki Gunung Kinabalu. OH buat pengetahuan anda, ini adalah pertama kali menjejakkan kaki di bumi Sabah, Alhamdulillah, dengan keadaan diri hamil 32minggu... daku berjaya jua sampai. Horayyy!
















































PLACE: Dream World Resort
*Terletak di kawasan Kundasang (4KM dari pekan Kundasang)
CHECK IN/OUT : 2ptg (in) - 11 pagi (out)
WEBSITEhttp://dreamworldkundasang.com/index.html
CONTACT: info@dreamworldkundasang.com | Call088 - 888333




Baby sesorok disebalik baju. hehehe


























KEISTIMEWAAN:

1. TIADA masalah Fullybook (since korang tahulahkan, area kaki-kaki gunung ni kena book awal-awal. Setakat macam aku nak pegi Khamis, hari rabu baru terhegeh2 nak cari resort memang boleh menangis tak jumpa resort best.. tetapi DREAM WORL RESORT (DWR) adalah penyelamat bumi! yayy!! alhamdulillah... Mungkin sebab DWR ni resort baru, so tak berapa nak famous.


2. BEST sangat sebab confirm nampak Puncak Gunung Kinabalu wei weii weii. Sila faham ye, klu awak bangun pukul 9 pagi cita-cita nak lihat puncak gunung memang tinggal cita-cita je, sebab possibility puncak di selimut kabus adalah tinggi. seeloknya sila bangun Subuh, sesudah menunaikan solat keluarlah ke balkoni bilik anda dan hayati lah pemandangan Puncak Gunung Kinabalu yang nampak jelas dari balkoni bilik resort ni. Awesome! 



SHOOT TIME: 6AM | Pemandangan dari balkoni bilik
Mohon abaikan gambar under construction kat puncak gunung tu.
Mungkin resort ni dalam proses menambah banyak bilik-bilik.heheh



















Lebih kurang beginilah rupa paras balkoni tersebut





















9 AM |
Kabus dah mula banyak dan bakal menutupi puncak gunung Kinabalu



















Pemandangan lain dari balkoni






























3. BUDGET, err... yang ni tak dapat nak cerita bebenor detail dia pasal my hubby yang bayar. Tapi insha Allah mampu milik kot.. kami punya bilik yang siap jakuzi. Boleh la sesiapa yang berkenaan atau yang nak berhuneymoon tu amek bilik yang ada jakuzi, pasal bath tab tarak... hehe.. syiokk. Air mandian ada air panas dan air sejuk. Disediakan jua meja makan. Katil Queen. TV dan Kettle, dengan cawan untuk buat air panas. Sejuk okkay (Sangattttt) keadaan di sana pada waktu malam sehingga pagi..grrrrr


4. BERHAMPIRAN dengan tempat-tempat yang wajib kunjung di area Kundasang ni. Contoh, Desa Dairy Farm..paling dekattttt sangat dengan Resort. Alaaah, tempat yang ala-ala New Zealand sebab ada banyak lombu tuuu. hehe... One way jugak ke tempat Poring Hot Spring dengan Ikan Kelah "Tagal" yang gigit2 manja kaki tu...


Tu je la kot keistimewaan DWR yang aku ingat setakat hari ini.
Heh... dah sebulan berlalu, mana nak ingat segala. Tapi Tips nak tengok puncak gunung ni mudah, makesure kome dah terpacak kat kundasang seawal 6 pagi. Jika tidak, bimbang percutian tidak seperti yang diharapkan...


Ouh ye, sorry... den lupo snap gambar dalam bilik. hehe.. selalu lupa part ni. maaf lah. Tapi ada gambar jakuzi dengan hubby, alahai segannya nak hupload..... tapi, hupload je lah (.. niat lillahita'ala untuk memudahkan kekawan yang tegah survey bilik kat kaki gunung ni buat pilihan jenis bilik.)



Kitorang duduk atas jakuzi tu.. hehehe






































Ini adalah pemandangan laluan depan bilik kami
























































Kesimpulannya, tempat ni well recommended for u guys. Aku bagi 4 bintang out of 5. Sesiapa yang baca review aku dan rasa nak menempahnya boleh la guna no fon dan website yang aku lampirkan di awal penulisan. Harap2 anda juga gembira dengan percutian di Sabah sepertimana saya. :)


Sebelum melabuhkan tirai penulisan hari ini, saya menutup rangkap perengan yang terakhir dengan sekeping gambar dengan baby bump hehehe.... now 36w. Doakan segala berjalan lancar ya..



Nampak awan tu? Ya, awan bakal menutupi puncak gunung. Jaga-jaga..




























SEKIAN.





Sunday, September 29, 2013

Harum Cabaran Perkahwinan

Ewahhh... Kemain serius bunyi tajuk.
Anyway, 1st time update blog tru smartfon.
Sambil bergolek2 atas katil dan tetiba ada keinginan untuk menaip.

Malam ni I nak cerita tentang cabaran perkahwinan.
Harap maaf kalau ada yang belum berkahwin. Anyway, ni isu general.
Kalau anda belum kahwin, boleh jadikan ia sebagai panduan.
Panduan? Kemain! Ni bukan blog motivasi pun.. Hewhew..
Sekadar nak kongsi pengalaman je. Wah! Ini pon macam 1st time berblog dengan kadar patah perkataan yang banyak. *tepuk bahu sendiri*

Kepada yang telah berkahwin, i nak ucapkan tahniah. *ok, sila tepuk bahu masing2 ya.
Of course! Sila bersyukur dan gembira, bukan semua orang telah dikurniakan jodoh.
Semua dengan izin-Nya. Maka bersyukurlah, walaupun perkahwinan bukan atas dasar cinta ke, rasa cinta dalam perkahwinan semakin suam2 kuku ke.. Kahwin tapi belum dikurnia zuriat ke.. Atau berkahwin tetapi jarak jauh a k a Long Distance Relationship (LDR). Oh please, readers.. Tak kisah apa keadaan institusi perkahwinan anda, marilah kita belajar bersyukur sebelum Allah swt tarik nikmat. *Ting* boleh berlaku sekelip mata, jangan main2 ye ;)

Situasi2 seperti yang kita cakap tadi, adalah antara cabaran2 bagi pasangan yang berkahwin. Dan percayalah, setiap pasangan yang berkahwin tentu2 mengalami cabaran yang tersendiri. Tak usah compare lah, "ouh bahagianya dia.. Hari2 dapat bungam dari husband", "ouh kesian dia, kaya.. Tapi takde anak.." .... "Aku ada anak, ada harta.. Tapi suami jarang balik.. Untung lagi Kak kiah depan umah, susah2 pon suami di sisi.."


Alahai conversation macam ni, tak usahlah bermain diminda.
Wahai mu'min sejati... Ingat je lah ayat al-Quran yang maksud dia lebih kurang,
"Apakah kamu memyangka kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami telah beriman' sedangkan kamu belum di uji?" -Surah al-ankabut:2

Justeru, marilah aku khabarkan akan keharuman cabaran perkahwinan dalam institusi kekeluargaanku. Dengan rendah hati, aku ingin kongsikan bahawa aku antara ribuan ibu hamil yang banyak bersendiri tanpa suami di sisi. Semasa dikhabarkan aku hamil, aku di hostel memenuhi tuntutan sebagai pelajar sarjana semester akhir. Aku pegi 1st chekup ditemani kawan, selebihnya aku sendiri. Aku bertemu suami, sudah tentu tapi... Sebulan sekali.

Selepas 6bulan berhempas pulas menyiapkan thesis, sudah masanya aku menamatkan pelajaran. Yay. Alhamdulillah.. Manage untuk habiskan ontime, setahun setengah.. Luckily, baby ajak mum mabuk2 bulan ke3 sahaja... Alhamdulillah. Part ni, Allah swt mudahkan... Syukur.

Aku masih dan terus bersyukur Ramadan dan Syawal ku bersama suami. 2bulan di sisi suami adalah indah, pergi klinik sekangkang kera pon husband hantar. Mengada lebih. Namun, sesudah Syawal aku menghabiskan sisa bulan2 kehamilan sendiri lagi di rumah keluarga. Menyambung tradisi bejauhan suami. Baru aku sedar, total up: 7bulan aku menjadi Super Mum To Be.

Aku nak cita apa sebenarnya ni?
Aku nak cerita...kisah atau jalan hidup manusia ni berbeza-beza.
Selalu sangat aku baca di  FB page tertentu...Tips buat suami melayani ibu hamil, Tips bakal ayah.. Tips mudah bersalin... Semuanya tidak menyebelahi kami2 yang LDR. Sesungguhnya ia memang TIDAK ADIL. Tapi aku kena lah akur, orang2 istimewa yg Allah takdirkan dengan cabaran sebegini mestilah punya cara istimewa (tak tipikal) sebab tu takde tips yang di share kat page FB. *sila angguk, kita perlu aura positive. Hehe*


Dalam menghadapi minggu akhir kehamilan, sure aku perlukan teman di sisi untuk tolong urut2 pinggang, kaki dan betis aku yg sesakit ni.. Tapi, perlukah aku mengharapkan sesuatu yg tak mungkin..teman berupa suami misalnya. Itu angan2. Cukuplah minyak panas sebagai pelega. Dan kamu2 yang disekeliling manusia yang cabarannya lebih sedikit dari kamu, tak usah simpati. Aku tak tau orang lain, tapi aku rimas dengan rasa simpati seperti... "Kesiannye kau...bla bla", aku lagi suka kalau korang cakap... "Wah, tahniah..kau supermum!" "InshAllah wei, nnt anak ko pon survive mcm kau.." "Awesome, kau kuat.." Cecewahhh... Kata2 semangat gitu..sebab, aku lebih perlu kata2 itu dari kata2 simpati, yang sudahnya buat aku rasa kerdil dan kecil, tak bahagia.. Sedih.. Ah, paham2 lah hormon perempuan hamil..


Mata dah ngantok.

Kesimpulannya. Kita pilih, apa yg kita nak rasa. Nak happy, pilih happy..
Kita syukur nikmat, kita happy.. Hargai apa yang kita ada, dan percaya.. Tak semestinya orang yang loveydovey tiada cabaran dalam kehidupan berumahtangga. Tak mungkin.

Hidup ini bukan cuma dunia.. Gembiralah, dan bersyukur.
Insha Allah...


































p/s: Nak review pasal tempat-tempat yang sempat kita lawati kat Sabah.
Bilakahhh mampu menaip lagi, sabar ok.. sama2 nantikan :p



Thursday, September 26, 2013

R E V I E W


Aku janji nak buat review..
Janji bukan kepada followers je, kepada diri sendiri jua..
(Macam lah masih ada followers yang layan blog aku ni kan?)

Aku nak review pasal Wedding dress+pelamin+bunga tangan, Pulau Tioman, Sabah dan Breastpump.

Aku merasakan bahawa review daripada blogger adalah sangat penting untuk kemasalahatan ummah.
Ewahhhh...

Memandangkan aku pun suka google research dulu before buat something2..
Aku amek pandangan bloger2 yang buat review agar tidak terkilan dikemudian hari..
Selebihnya Tawakal tu Alallah...
Justeru, apalah salahnya turn aku pulak yang share pengalaman sedia ada dengan melakukan review. Ye dak?

Tapi nanti, nanti.. bukan sekarang. Sabar and Stay tuneeee...

p/s: Anyway i am currently are job seeker. Mohonlah komen, kot2 nak guna tenaga kerja..Perak territory only. Thanks!



almost 2 years passes...

Bismillahirrahmanirrahim....

MasyaAllah.. hampir dua tahun berlalu.
Banyak perkara berlaku.
Suka, duka, gundah, gulana jadi rencah dalam kehidupan.


Perkara pertama nak share.
I am happily married....!

Tarikh: 3/11/2012
Venue: Cha'ah, Segamat
Photographer: http://shutterzsnap.wordpress.com/
Videographer: N2Nstudio


Aku terima nikahnya... ececeyhh
















































Mengahwini lelaki yang sangat saya sayangi, cintai..
selepas segala onak dan badai, akhirnya Jodoh itu milik kita.
Alhamdulillah


candid atas pelamin. huuhu



























Dapat rezeki jadi cover BH Family juga.
betul-betul feeling raja sehari dat day. huuu....




Bercinta jaman unibesiti uolls
































































































and one more thing...

im gonna be a mother.... soon!
Happy 35th week pregnant :'))





















Ok daaaa... nanti taip lagi!

Saturday, December 10, 2011

Rule of A lady


THE #271 RULE OF A LADY

It's not about finding someone who won't 
fight with you or make you sad.
It is about finding the person who will still be standing there wiping 
the tears away, holding you in their arms after a fight. 
The one who will never leave, no matter how hard things get.



Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan ya Kareem

2 Ramadhan 1432H.

Salam ramadhan buat semua blogger, followers juga pembaca :')
Semuga amalan dan ibadah kita diterima..amin

Wallahualam :')

Monday, August 1, 2011

#twtupkaseh 1.0



Venue:
Taqwa Genius ,
No 4172, lorong serai 12,
Kg Sungai Serai, Kuang
48050, Rawang, Slgr.

#twtupkaseh julungkalinya twtup yang mengumpulkan tweeps bersama anak-anak yatim Taqwa genius. Membabitkan lebih kurang 40++ tweeps yang menghabiskan masa seharian dengan pelbagai aktiviti menarik!

Sumpah, program ni sangat menyentuh perasaanku. 
Menggembirakan anak-anak yang kekurangan?- ya, ini kali pertama..dan aku harap ia berterusan.. mungkin setahun sekali atleast meluangkan masa untuk menggembirakan mereka.



























































































Pendapat aku,
Kerja-kerja amal ni bukan untuk tunjuk menunjuk atau cara untuk beramal-jariah semata-mata,
tapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri tentang konsep SYUKUR.
Manusia cepat lupa, terutama AKU.

Panas merengek, penat mengeluh..tak dapat makanan merajuk,
terpaksa share barang mengaruk!
 -___+"

Condition budak-budak ni memang sangat kesian.
Nanti aku letak pix dan korang hayatilah sendiri.
Serius, kalau ada sofa ke almari ke boleh diguna pakai.. agak-agak tak berbaloi nak jual tu..
sedekah lah kat dorang. 




































Nak menanangis tak? 
Kesiann sangat!

nak tau tak dorang ni masak sendiri makanan dorang during weekdays?
Depan taqwa genius ni ada kolam, sometimes dorang mancing dan masak ikan keli tu. Indipendent enuf kan?? T__T;

*seka air mata*

Stop nangis!

Selain aktiviti2,
#twtupkaseh menghadiahkan mural buat Taqwa Genius.
taraaaa~ tantekk kan?




















team #muralist #twtupkaseh



















































At the end of the day,
kami bagi hadiah buat pemenang2 masa aktiviti  dan doorgift kat semua anak2, 
dalam tu ada baju utk raya dan kelengkapan skolah :)

\





















oh, lupa nak bagitau. 
Thanks pada penaja2 makanan yang sedap!!






































Dan tak lupa pada @edasu+ team yang bekerja keras mendapatkan sponsor bagai bagi memastikan program ni berjaya. tahniah guys!















































Started missin' them. Jumpa iftar nanti ye anak-anak! ♥

Thursday, July 7, 2011

bila?

Bila kita dah kahwin nanti..
saya janji nak buat scrap book. Scrap book yang sangat cute!
Saya janji nak tepek gambar kawin kita kat muka surat pertama.
Maksimum 2page untuk itu.




















Lepas tu..
Mengabadikan setiap memori.
harap2 kita akan pegi banyak tempat untu bercuti.
Supaya scrap book tu tebal.
Ngehh..

haih..
bila saya boleh start buat scrap book yang comel?

saya  doa banyak2 kat Allah percepatkan semuanya.. amin

Sunday, July 3, 2011

DA OHSEMNESS OF JULY

what a beautiful end of Jun until now- JULY!
I juz love u so much..plis dun go!!

hahahaha..
ok, serius tak sabar nak update story d mory about wht ive been tru pass a few week.
huaaaaaaaa.
The things dat really gud to share beby!

Tak boleh taip skrang, cuz got to work!
Sunday-office, sounds lovely isn't?
ngehhh -__- sacarstic sangat.

See u soon!
Komen, sila..sapa yg baca. bagi la support wa menaip weh. :p

bye!

Friday, June 24, 2011

Roda

Kenapa roda?
Roda itu bulat, bulatnye kehidupan. Jatuh dan bangun manusia ibarat roda.
Terbaca komen dari blog lain yang sangat menginspiredkan,
Berbunyi..

"bila engkau memandang segalanya daripada Tuhanmu yang mencipta segalanya,yang menimpakan ujian,yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya. :)


Waallahualam.

Syahdu sejenak hati baca komen tu.
Betapa kurangnya iman, ceteknya rasa sabar dalam diri.
Istighfar..istighfar

Alhamdulillah.

Thursday, June 23, 2011

Wellness day NSTP


Assalamualaikum! (baca dengan gaya ustaz ezy..heheeee)

Hari ni samedengan 23 Jun duaribusebelas, aku melalui ujian2 kesihatan di ofis.
Entah sejak bila aku concern pasal penyakit-penyakit ni,
tapi sebab memikirkan aku nak sangat melalui hayat hidup bergelar ister dan ibu..maka kesihatan perlu di jaga. :)


Last time buat ujian kesihatan adalah bulan 3/2011 yang lepas.. pon kat opis. Bila menda2 free ni..aku laju jek :D

Masa tu mood hilang terus bila, lepas check darah..paras cholestrol aku tinggi.
Homai..seram nye, lagi lah bila nengok pamphlet yang mana lemak2 tu blocking darah sehingga boleh menyebabkan strock dan kematian.. seramm kiteeee! :B

Kali ni,
Ujian Paras Gula dalam darah--- Normal
Ujian blood Preasure----- Normal
UjianBMI---- Normal (berat maintain, atau boleh naik 2-3kg lagi nurse kata)
Ujian tulan anlene----- Risiko rendah
Ujian katarak------- Normal

tak dapat uji tahap cholestrol dalam darah T___T sobs.. sbb dorang tak provide :(

Masuk bahagian anti oksidan-
Ada mesin dari Nu Skin ni boleh check anti oksidan dalam badan.
gadis yang buat check up tu kata anti oksidan ni penting kepada badan kita untuk menghalang penyakit2..katanya. Aku tak search pon lagi..ngehh

Ok.
RESULT: warna orange, lagi satu level is MERAH dats mean WEAK :(

shaitt.. dah start ler nak sesedih.

Last Exam:
Aku buat ujian AKUPUNTUR BY MELILEA HEALTH
yang ni menyayat hati sikit.
malas aku nak tulis.
Aku amek gambar result aku dan korang baca lah sendri....





























LIVER aku tolerable oit oit..
dan aku OBVIOUS MENTAL STRESS.

Sedih aku dengan result ni. ternyata, kita happy tak dapat menipu hati yang luka. ecewaaaahhhh!

Ok dah enuf. nak pegi mesjid dan menenangkan jiwa.
rakan-rakan yang naka dvice pemakanan aku atau apa2 je to decrease stress boleh la comment.
Lebiu guys :)

oh. Body fat aku pon kena rendahkan lagi. any advice??

♥♥♥

Monday, June 13, 2011

Things That Guys Don't Expect Girls To Understand

Hai semua kembali dengan semangat baru untuk menulis.
Menulis sesuatu untuk dikongsikan, dengan harapan mendapat manfaat untuk kita semua.
Oh jika ada kekurangan..boleh la nasihat baik2 kat comment box ya!

Aku mendapat inspirasi menulis Tajuk di atas, dari blog bradaa ni.
Ahaa, takdelah nak membalas, membidas mahupon membuktikan kaum hawa yang indah dan comel ni juga ada bahasa badan mahupun bahasa jiwa bangsa yang tak difahami tentang lelaki.

Ini beberapa isu yang wanita memamng tak kan faham ataupun cuba faham, cubalah untuk buat kami faham..semuga berjaya :D

1. Tak angkat fon/tidak reply mesej/ CAN NOT REACH AT THIS MOMMENT.


Tak angkat phone, reply mesej dan phone kehabisan bateri adalah tiga  perkara berbeza tetapi hasilnya sama..mencetuskan emosi yang tidak enak, memupuk sifat psiko dan menjerumus wanita memikirkan benda2 merepek sehingga membunuh jiwa. walau apa jua jawapan anda, sebenarnya tiada alasan pon yang boleh kami accept. Sekian.



2. Menu dan tempat makan.

Berapa kali dalam seminggu anda bergaduh sebab nak cari tempat makan? Incik boifren akan ambil dan bawak anda keluar, tapi lepas tu tak tahu nak ke mana. Bila ditanya, jawapannya.. " ikut awaklah.." "mana-mana pon boleh.." Normalnya perkara ni berlaku kepada pasangan yang kerap 'dating' sampai si lelaki hilang taktik suprise, bajet pon dah lari..bukan begitu?

Jawapan anda kononnya memberikan priority kepada kami, tetapi realitinya atleast give 3suggestions lah..lepastu kami pilih, kan ke lebih harmoni begitu.


3. Beralah tanpa jawapan yang tepat.

Selepas mengalami perbincangan yang nampaknya semakin menambah ketegangan, kamu rela untuk beralah, meminta maaf  tetapi tidak akan mengakui kesalahan. Lumrah lelaki yang kaya dengan ego tersendiri. Beralah dengan harapan ia memuaskan kami,  ia hanya merumitkan keadaan dan tiada kesudahan. Pergaduhan yang sama akan berlaku berkali-kali selepas ni jika ini pendekatan yang kamu gunakan.





4. Kami boleh settle semua

Selalu nak jadi penyelamat, hero kepada pasangan masing-masing. Kamu tak mahu kami bersedih lalu berusaha sedaya upaya mencari penyelesaian kepada pemasalahan kami sedangkan kami cuma mahu kamu mendengar sahaja. Jangan keciwa bila kami melenting dengan idea2 kamu yang tak best tu kerana kami tak minta pandangan mahupun penyelesaian, kami nak kamu mendengar dan sila letakkan diri kamu 'dikasut' kami ketika itu.



5. Tak boleh kahwin selagi belum cukup duit.

Selalu nak bagi alasan ini. Helooo~ berkahwin juga ada rezeki tersendiri, percayalah jika kita mencari jalan untuk mendapat redha-NYA Allah akan permudahkan cara.


*****************************************************

Lima sahaja setakat ini. Ingin di ingatkan apa yang ditulis adalah dari sudut pengalaman sendiri dan hasil soal jawab dengan beberapa rakan sejenis. Semuga mendapat manfaat kepada lelaki-lelaki diluar sana.. lebih-lebih lagi yang belum punya si jantung hati. 

have a gud day! ♥♥♥




Sunday, February 20, 2011

:: p o e m ::

If I Had My Child to Raise Over Again
by Diane Loomans

If I had my child to raise all over again,
I'd build self esteem first, and the house later.
I'd fingerpaint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging and less tugging.
I'd see the oak tree in the acorn more often.
I would be firm less often, and affirm much more.
I'd model less about the love of power,
And more about the power of love.

Saturday, January 15, 2011

15hariBulan

eh. dah 15 Januari 2011
dah 2minggu melalui 2011...

sorry.
Happpy new year blogers!

and happpy upcoming Chineese New Year :)


Mudah-mudahan rezeki 2011 semakin mencurah.
Segalanya baik2 dan positive insyAllah.
untuk daku dan kita semua (yang membaca)


^____^

Thursday, December 30, 2010

screammmmm~

fewittt sket.
Hari ni 2x entri pasal u ols.
wah2 femes sekelip mata yea sweetcouple ni

lawatan beberapa minit sweetcouple ni ke balai berita, Barita Harian memang mencurik tumpuan. siott korang dah macam victoria n beckhem kowtt~
wahahah..



KFCM wif barisan VIP Berita Harian

 
glemer kan?huehuehue


of cos la daku pon tak melepaskan peluang..

hai elia! i read ur blog diz early morning ..huehue, jodoh betul dipertemukan! hehe

ehems..hai fahmi :)

siyesly..berdebar dan bedegup kencang hatiku bila dorang datang.
eksaited takleh cita..tolong snap pix officemate tangan menggeletar.
sbb memang whole day kowt cite pasal u guys~ huahauaha

today ohsem♥

jumpa lagi beb!
****

fenomena #khairulfahmi


wahahah..lagi kelass u ols AFF Suzuki Cup ni dari worldcup.
mana taknyer, bete dan housemate kesayangans berkumpul jerit support player Malaysia.
Jarang² berlaku okeh. Aumms!


MIA ohsems!
oh..salah  EIA (Elia's Incek Apex..muemuemue)



Dalam twitter toksah cerita lah kan,
#heartMalaysia #loveMalaysia #MalaysiaBoleh
..semua trending topics kami up kan.

#khairulfahmi pon bete twit. auw..
giler kewls keeper ni. Memang hebat la- honestly.
Goal saver ter'Korean pernah bete lihat..
MODE gediks is ON.

Taulah.. dia dah bergelifren
(KOSA KATA: bete mmg guna term gelifren utk Girlfren)

wahaha..
kenapa aku boleh terjerumus dalam fenomena #khairulfahmi ni?
memang gedik giler okeh.
pagi2 dah heboh kat twitter url gades manes ehems2 keeper 'uppa' ni. ohsems kan?
memang sungguh fenomena..

(KOSA KATA: uppa digunakan bila jumpa lelaki kacak..ehems)

bete baca a few entries dari blog elia,
..so far, KFCM mmg ohsems.
Siap penah jadi imam lepas balik umrah tu,paling bete salute.
N sujud sukur lepas menang..final kat M'sia..
harap dorang gonna be togather forever n ever...amin!



Buat Elia gadis manis yang berjaya mencurik hati #khairulfahmi ni
bete pon ada MIA: My Incek Amat..ehems :)
...hahaha, ok siyes..
beta doakan anda tabah dan bersedia buah hatimu menjadi pojaan wanita gewdiks lain,
ewahh..

Kalau ade artis caras u, kita bomohkan dia owkehh!
aww..~ gurau jek!

Buat player yang ohsems,
Million congratulations to u.
kesian kan korang,
sampai Jakarta cuma mampu berlatih area hotel jer.
Tuan rumah siyesly  tak pandai layan tetamu...
Walau bagaimanapun,
di atas cabaran dan dugaan tersebut..
mereka mampu juga membawa kejuaraan pada kita.. dan seterusnya cuti JUMAAT ni.
hoyeahhhhh!


tudiaa heror kita..abam Safee Sali.ehems


 Ferdinand pon wish congrates u ols. kelass kan? hehe :))


ok.bai :)

Wednesday, December 22, 2010

tekun

hahahaaha..
hari ni aku rasa seronok.
sebab membaca penulisan giler dari #bloggergiler

Aku gelak terkekek kat opis pon macam #onggiler.

Aku kenal dorang melalui twitter.
Dan sekarang aku setuju dengan kata rakan serumah,
kewujudan twitter yang punya beribu follower datangnya dari blogger tegar,
makanya jumlah follower di blog memainkan peranan penting bagi jumlah follower di twitter.

ah sudah.
Kalau tak faham, tak perlu faham.
sbab isu ni tak sehebat isu wikileaks pon.

ni pun #blogergila juga..adikberadik bukan susuan link di atas jugak rasanya.
haih... gelak sampai maigrain -______-"


Tinggal ye..  /; )

Friday, December 17, 2010

27nov2010


hey,
congratulations for ur convocation.
*senyum tu palsu. nampak?*